masa ohh masa

11 February 2012

TANGISAN AIR MATA..

MAKNA AIR MATA INSAN




PERNAHKAH anda menangis? Menangis merupakan suatu fitrah manusia tetapi sebab menangis akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Menurut Ibnul Qayyim terdapat beberapa jenis tangisan,

 Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

 Menangis kerana cinta.

 Menangis kerana takut.

 Menangis kerana gembira.

 Menangis kerana menghadapi penderitaan.

 Menangis kerana terlalu sedih.

 Menangis kerana terasa hina dan lemah.

 Menangis kerana mendapat belas kasih orang.

 Menangis kerana mengikut-ngikut orang menangis.

 Menangis orang munafik yakni berpura-pura menangis.



Ada jenis tangisan tampak biasa tetapi air mata itu mampu memadamkan api neraka. Ini dapat disahkan melalui sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,

“tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”



Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut akan azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga mampu memadamkan api neraka.



Terdapat juga air mata yang tidak bernilai di sisi Allah. Antaranya,

 Menangis tengok filem Hindi.

 Menangis sehingga meratap dan memukul badan.

 Menangis sehingga merobek pakaian apabila ada kematian.



Simpanlah air mata tangisan sebagai bekalan menginsafi kecuaian dan dosa yang menggelapkan hati hingga sukar menerima hidayah dari Allah. Justeru serulah air mata disebalik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati sehingga ia putih kembali dan dapat meleburkan dosa di samping mendapat keampunanNya.



No comments:

Post a Comment