masa ohh masa

16 March 2011

kenapa malas SOLAT?

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?


Kenapalah engkau malas sembahyang?

Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.


Kenapalah engkau malas sembahyang?

Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?



Kenapalah engkau malas sembahyang?

Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?



Kenapalah engkau malas sembahyang?

Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.


Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."



14 March 2011

alangkah malunya :'(

Alangkah malunya
Jika seorang perempuan yang digelar islam
Tidak pandai berbicara tentang agamanya
Hanya pandai mengaku dia beragama islam/ sekejap sahaja marah apabila agamanya dihina
Fasih berbicara tentang kejahatan orang lain.

Alangkah malunya..
Seorang perempuan yang digelar muslimat,
Yang tahu dan belajar mengenai islam,
Tetapi tidak mengamal dalam kehidupannya,
Hanya pandai menyeru sedangkan dirinya disebaliknya.

Alangkah malunya..
Jika muslimat itu tidak menutup keaibannya,
Dibiarkan lelaki bukan ajnabi melihatnya,
Tanpa rasa segan dan berdosa,
Tetapi berbangga dengan gaya fesyen yang membaluti tubuhnya ,

Alangkah malunya..
Jika muslimat itu tidak mengenal jasa ibu bapanya,
Yang telah banyak berkorban untuk membesarkannya,
Tanpa meminta balasan sedikitpun,
Tetapi muslimat itu telah menderhakai orang tuanya,

Alangkah malunya..
Seorang muslimat yang digelar Hamba pada Yang Satu,
Yang berjaya dan sekelilingnya ada kemewahan,
Tanpa mengucap syukur pada Yang Esa,
Dengan tidak menunaikan kewajipan seorang muslim,
Sedangkan ALLAH Yang Maha Kaya,

Alangkah bertuahnya..
Jika perempuan muslimat termasuk aku,
Yang mempunyai matlamat yang jitu,
Untuk memperjaungkan Islam dan mengamalkannya,
Ingatlah Muslimat.
Sesungguhnya, tangan yang membuai dapat mengoncang dunia,
Inilah, betapa hebatnya seorang perempuang yang digelar muslimat,
ALLAHU AKBAR!!!!

p/s : thanks to ain khairuddin who shared this in group BADA