masa ohh masa

21 February 2011

ceramah maulidur rasul

Tarikh  : 18 Februari 2011
Tempat  : Dewan Budiman
Penceramah jemputan : Ustaz Kushairi

penceramah jemputan 

tajuk ceramah malam itu ; Rasulullah dekat di hati
ceramah ini diadakan bersempena maulidur rasul yang jatuh pada 15 Februari 2011

16 February 2011

perarakan maulidur rasul

Tarikh : 15 Februari 2011
Tempat  : Padang MPS

menunggu giliran
menuju ke tempat makan :)


sebelum perarakan


naqibah :D

ALLAH SWT telah berfirman:
"Sesungguhnya ALLAH SWT beserta para malaikatNya sentiasa berselawat untuk Nabi Muhammad SAW. Hai orang-orang yang beriman, bacalah selawat dan salam untuk Muhammad SAW dengan bersungguh-sungguh."(Al-ahzab:56).

Ayat tersebut memerintahkan kepada orang-orang yang beriman supaya bersungguh-sungguh dalam menbaca selawat dan mendoakan keselamatan untuk Nabi Muhammad saw.Oleh kerana itu,orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada ALLAH dan rasulNya,haruslah mereka mentaati perintah tersebut dengan memperbanyakkan selawat dan salam untuk dipersembahkan kepada Junjungan Besar kita Baginda Rasulullah SAW.

"Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya ALLAH SWT akan melimpahkan Rahmat keatasnya sepuluh kali ganda".(HR Muslim)
 

oleh itu kawan-kawan, MARILAH KITA BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

13 February 2011

kem ibadah

Tarikh  : 12 Februari 2011
Tempat  : Surau An-Nur

Kem ibadah ini disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 1. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dicadangkan oleh biro surau BADA TKC. Kem ini dianjurkan bagi mendidik adik-adik tingkatan 1 tentang ibadah seperti cara-cara berwuduk dengan sempurna, cara-cara bertayamum dan solat berjemaah. Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan dipertandingkan bagi kumpulan yang berjaya melakukan amali dengan sempurna. Dengan bantuan para naqibah tingkatan 3 dan 4, serta bimbingan Ustazah Habibah, program ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah :)

09 February 2011

kalau perempuan tidak tahu memasak, salah ke? tapi macam mana kalau laki tak boleh jadi IMAM??


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!