Tarikh : 12 Februari 2011
Tempat : Surau An-Nur
Kem ibadah ini disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 1. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dicadangkan oleh biro surau BADA TKC. Kem ini dianjurkan bagi mendidik adik-adik tingkatan 1 tentang ibadah seperti cara-cara berwuduk dengan sempurna, cara-cara bertayamum dan solat berjemaah. Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan dipertandingkan bagi kumpulan yang berjaya melakukan amali dengan sempurna. Dengan bantuan para naqibah tingkatan 3 dan 4, serta bimbingan Ustazah Habibah, program ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment