masa ohh masa

31 January 2011

program belia

Tarikh  : 27 Januari 2011
Tempat  : Pusat Dakwah Islamiah Paroi
sebelum ceramah bermula

program Bicara Belia ini telah membawa tema ' Jiwa Terjerat Diri Melarat' untuk dibicarakan. Antara penceramah pada program tersebut ialah Ustaz Asyraf ( Imam Muda 2010 ). Bicara ini membincangkan masalah yang dihadapi oleh golongan belia masa kini.

ceramah disampaikan oleh 2 ahli panel

naqibah bergambar sebelum pulang ke kolej

25 January 2011

training nuqoba'

Tarikh  : 22-23 Januari 2011
Tempat  : Bilik Kuliah Kolej Tunku Kurshiah


Pada 22- 23 Januari 2011, seramai 57 orang naqibah daripada tingkatan 3 hingga 5 telah menyertai kursus kepimpinan naqibah ( tarining nuqoba'). Program ini dianjurkan secara bersama oleh Badan Agama Dakwah dan Akhlak Kolej Tunku Kurshiah serta Aura Imtiyaz ( training and consultancy ).

pembentangan oleh para naqibah
perbincangan dalam biro
Aktiviti pertama ; SANTAI BERSAMA KAK ANIS
naqibah membincangkan program bagi biro masing-masing. Kami juga didedahkan dengan strategi berdakwah.


fasilitator menunjukkan cara bermain

Pada sebelah petang, para naqibah turun ke padang intuk aktiviti riadah. Aktiviti yang kami mainkan melibatkan semangat berpasukan. Pada akhir aktiviti ini, semua naqibah dikehendaki memberi nilai yang dapat kami pelajari daripada aktivi yang dijalankan. Antaranya jujur, bekerjasama dan percaya.

Pada sebelah malam pula, program diteruskan dengan ceramah tentang komunikasi yang disampaikan oleh Ustaz Kushairi ( TV Al-Hijrah ). Dalam aktiviti ini kami mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan orang secara berkesan.

23 Januari 2011

Pagi - qiamulail diimamkan oleh Ustaz Saifullah. Setelah selesai bacaan al-mathurat, kami terus bergerak ke padang untuk sambungan pembentangan biro.

Setelah sarapan, kami kembali ke bilik kuliah untuk sesi yang terakhir bersama Ustaz Kushairi. Pada masa ini, kami didedahkan cara-cara menjalankan program dan menarik minat orang untuk menghadirinya. Setiap biro dikehendaki merancang program sepanjang tahun.

pembentangan aktiviti biro
Tepat jam 12.30 p.m. majlis penutup diadakan. Perasmian penutup disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM Kolej Tunku Kurshiah, Puan Suzalin Zaini Sooria. 

penyampaian cenderamata

gambar kenangan setelah tamat program

14 January 2011

bada 2011

selamat datang ke blog rasmi BADA TKC 


buka MINDA, buka MATA, buka HATI

SEMOGA BADA DEKAT DI HATI :)