Tarikh : 3-4 Februari 2012
Tempat : Bilik Kuliah Kolej Tunku Kurshiah
Sesi pendaftaran
Pada 3-4 Februari 2012 seramai 55 orang naqibah daripada tingkatan 3 hingga 5 telah menyertai Program Kem Kepimpinan naqibah. Program ini dianjurkan secara bersama oleh Badan Agama Dakwah dan Akhlak Kolej Tunku Kurshiah dan Pusat Kaunseling, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Aktiviti pertama: Ceramah Asas Kepimpinan
Ceramah disampaikan oleh Ketua Pusat Kaunseling MAINS, En. Norazman bin Amat. Kami turut didedahkan dengan strategi berdakwah berdasarkan cara perlaksanaan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Aktiviti kedua: Sesi taaruf (Ice-Breaking)
Para fasilitator memperkenalkan diri masing-masing kepada kami. Setelah melantik penghuluwati dan AJK tertinggi, kami dibenarkan untuk bersolat Asar secara berjemaah di Surau An-Nur dan bersiap- siap untuk makan malam.
Aktiviti ketiga: Inventori Personaliti Warna
Kami diberi masa untuk menjawab 100 soalan berkenaan dengan personaliti kami. Hasil ujian yang kami peroleh membolehkan kami mengenali diri kami dengan lebih mendalam. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan.
Aktiviti keempat: Permainan Koordinasi
Aktiviti yang mencabar fizikal dan mental para naqibah.
Aktiviti kelima: Qiamullail
Qiamullail diimamkan oleh Ust. Khairul Niza. Setelah bacaan wirid dan doa, kami dibenarkan untuk bersiap-siap di asrama.
Aktiviti keenam: Mission Impossible
Para naqibah tekun menjalani misi yang disediakan.
Antara misi yang ditugaskan kepada kami.
Tetap ceria walaupun letih menjalani Mission Impossible.
Aktiviti ketujuh: Resort Impian
Bersungguh-sungguh menghasilkan Resort Impian.
Sesi perbincangan untuk mencipta sebuah resort terbaik.
Inilah hasilnya…
Aktiviti kelapan: Hidden Agenda
Bersemangat menegakkan pendapat masing-masing.
Berbincang untuk mencari idea dalam menegakkan cadangan masing-masing.
Aktiviti kelapan: Majlis Penutup
Ucapan perasmian penutup dilangsung rasmikan oleh Guru Penolong Kanan HEM, Pn. Che Romas Noor.
Penyampaian cenderamata daripada pihak MAINS kepada pihak Kolej Tunku Kurshiah.
Saat yang dinanti para naqibah, penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik.
Sesi fotografi bersama-sama fasilitator setiap kumpulan. Say cheese…
kumpulan 5 bersama-sama abang fasilitator mereka, Abe Cute.
No comments:
Post a Comment